Monday, 15 July 2013

CARA MENGGUNAKAN MESIN CUCI


CARA MENGGUNAKAN MESIN CUCI


            Apabila memilih mesin basuh, tetapkan di fikiran bahawa kedua-dua jenis mesin basuh akan  menjimatkan masa dan tenaga. Namun, mesin basuh automatik akan melakukan kerja yang lebih untuk penggunannya. Pastikan anda menggunakan cara yang betul untuk mesin basuh automatik sepenuhnya atau mesin basuh semi-automatik. Sentiasalah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar. Periksa label penjagaan pada pakaian anda sebelum menetapkan penggunaan basuhan.

            Jika anda baru sahaja membeli mesin basuh pertama anda, anda sudah pasti mempunyai banyak persoalan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang bagus daripadanya. Mesin basuh automatik sepenuhnya akan melakukan perkara yang mudah untuk anda. Anda hanya perlu menambahkan serbuk pencuci ke dalam pakaian anda lalu memilih tetapan yang sesuai. Manakala mesin basuh semi-autaomatik juga merupakan alat yang menjimatkan penggunaan buruh di rumah. Lagi pula, anda mempunyai kuasa untuk mengawal sepanjang proses berlaku. Anda hanya menambah serbuk pencuci ke dalam pakaian anda dan masukkan air bersih. Mesin basuh akan mengambil alih tugas selepasnya iaitu menghapuskan atau mengeluarkan kotoran daripada pakaian anda.

Langkah untuk menggunakan mesin basuh automatik sepenuhnya
1.     Masukkan pakaian kotor anda dan serbuk pencuci ke dalam dram mesin.
2.     Jika anda menggunakan mesin automatik dengan muatan depan, ikuti arahan pihak pengeluar untuk menambah atau memasukkan serbuk pencuci ke dalam bekas khas atau ke dalam lubang khas yang disediakan. Atau anda juga boleh memasukkan serbuk pencuci terus ke dalam dram mesin basuh. Ikuti arahan tentang pemilihan dos atau kuantiti serbuk pencuci yang perlu digunakan.
3.     Kemudian, pilih tetapan yang sesuai untuk cucian anda dan tekan butang mula. Mesin basuh anda akan melakukan tugasan selebihnya.
4.     Jangan lupa untuk membaca label penjagaan pakaian anda: suhu cucian, komposisi fabrik, pemilihan kitaran cucian. Kebiasaannya, pakaian berwarna gelap memerlukan suhu rendah manakala pakaian putih memerlukan suhu tinggi. Pakaian kapas pula akan memerlukan suhu rendah dan mungkin cucian tangan.

Langkah untuk menggunakan mesin basuh semi - automatik
1.     Masukkan pakaian kotor anda dan serbuk pencuci ke dalam dram mesin.
2.     Isikan air ke dalam dram dengan menggunakan suhu air yang dikehendaki. Baca arahan pada mesin basuh, kerana arahan ini akan memberitahu kuantiti air yang perlu ditambah.
3.     Pilih wash cycle iaitu putaran basuhan. Muatan yang besar atau banyak akan memerlukan masa yang lebih lama berbanding muatan kecil atau ringan.
4.     Selepas putaran basuhan berhenti atau selesai, keluarkan air daripada dram menggunakan salur yang disediakan. Terdapat punat yang perlu anda selaraskan untuk proses ini. Selaraskan semula punat selepas kesemua air telah dikeluarkan.
5.     Kemudian, isikan semula air bersih ke dalam dram. Selaraskan rinse cycle untuk mula membilas. Mesin semi-automatik ini akan membantu ada melakukan bilasan.
6.     Apabila proses bilasan selesai, ini bermakna pakaian anda telah bersih sepenunya. Kini masa untuk mengeringkan pakaian dengan menggunkan proses putaran. Jika mesin basuh automatik sepenuhnya, mesin akan melakukan proses ini. Tetapi bagi mesin basuh semi-automatik, anda perlu memindahkan pakaian anda dari dram basuhan ke dalam dram yang lain untuk dikeringkan. Saiz muatan akan menentukan masa putaran yang digunakan.
7.     Selepas proses pengeringan selesai, anda boleh mengeluarkan pakaian dan menyidai untuk mengeringkan pakaian anda sepenuhnya.

Memahami Tetapan Mesin Basuh
1.     Gentle: mempunyai putaran dengan kelajuan perlahan. Tidak mengeluarkan kotoran daripada pakaian dengan pantas seperti kelajuan biasa. Tetapan ini seharusnya dirujuk pada pakaian anda seperti basuhan tangan atau lain-lainnya. Pakaian-pakaian ini untuk tetapan ini merupakan basuhan dengan menggunakan air sejuk dan serbuk pencuci ringan.
2.     Normal: Kitaran basuhan normal atau biasa digunakan untuk pakaian jenis kapas atau polister. Gunakan air dengan suhu pana (60-90°C) untuk basuhan pakaian putih, manakala pakaian berwarna perlu dibasuh berasingan dengan warna putih dan pada suhu sejuk (30-40°C).

.