CARA MENGGUNAKAN MESIN CUCI
Apabila memilih mesin basuh,
tetapkan di fikiran bahawa kedua-dua jenis mesin basuh akan menjimatkan masa dan tenaga. Namun, mesin
basuh automatik akan melakukan kerja yang lebih untuk penggunannya. Pastikan
anda menggunakan cara yang betul untuk mesin basuh automatik sepenuhnya atau
mesin basuh semi-automatik. Sentiasalah mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengeluar. Periksa label penjagaan pada pakaian anda
sebelum menetapkan penggunaan basuhan.
Jika anda baru sahaja membeli mesin
basuh pertama anda, anda sudah pasti mempunyai banyak persoalan bagaimana untuk
mendapatkan hasil yang bagus daripadanya. Mesin basuh automatik sepenuhnya akan melakukan
perkara yang mudah untuk anda. Anda hanya perlu menambahkan serbuk pencuci ke
dalam pakaian anda lalu memilih tetapan yang sesuai. Manakala mesin basuh
semi-autaomatik juga merupakan alat yang menjimatkan penggunaan buruh di rumah.
Lagi pula, anda mempunyai kuasa untuk mengawal sepanjang proses berlaku. Anda
hanya menambah serbuk pencuci ke dalam pakaian anda dan masukkan air bersih.
Mesin basuh akan mengambil alih tugas selepasnya iaitu menghapuskan atau
mengeluarkan kotoran daripada pakaian anda.
Langkah untuk
menggunakan mesin basuh automatik sepenuhnya
1. Masukkan
pakaian kotor anda dan serbuk pencuci ke dalam dram mesin.
2. Jika
anda menggunakan mesin automatik dengan muatan depan, ikuti arahan pihak
pengeluar untuk menambah atau memasukkan serbuk pencuci ke dalam bekas khas
atau ke dalam lubang khas yang disediakan. Atau anda juga boleh memasukkan
serbuk pencuci terus ke dalam dram mesin basuh. Ikuti arahan tentang pemilihan
dos atau kuantiti serbuk pencuci yang perlu digunakan.
3. Kemudian,
pilih tetapan yang sesuai untuk cucian anda dan tekan butang mula. Mesin basuh
anda akan melakukan tugasan selebihnya.
4. Jangan
lupa untuk membaca label penjagaan pakaian anda: suhu cucian, komposisi fabrik,
pemilihan kitaran cucian. Kebiasaannya, pakaian berwarna gelap memerlukan suhu
rendah manakala pakaian putih memerlukan suhu tinggi. Pakaian kapas pula akan
memerlukan suhu rendah dan mungkin cucian tangan.
Langkah untuk
menggunakan mesin basuh semi - automatik
1. Masukkan
pakaian kotor anda dan serbuk pencuci ke dalam dram mesin.
2. Isikan
air ke dalam dram dengan menggunakan suhu air yang dikehendaki. Baca arahan
pada mesin basuh, kerana arahan ini akan memberitahu kuantiti air yang perlu
ditambah.
3. Pilih
wash cycle iaitu putaran basuhan.
Muatan yang besar atau banyak akan memerlukan masa yang lebih lama berbanding
muatan kecil atau ringan.
4. Selepas
putaran basuhan berhenti atau selesai, keluarkan air daripada dram menggunakan
salur yang disediakan. Terdapat punat yang perlu anda selaraskan untuk proses
ini. Selaraskan semula punat selepas kesemua air telah dikeluarkan.
5. Kemudian,
isikan semula air bersih ke dalam dram. Selaraskan rinse cycle untuk mula membilas. Mesin semi-automatik ini akan
membantu ada melakukan bilasan.
6. Apabila
proses bilasan selesai, ini bermakna pakaian anda telah bersih sepenunya. Kini
masa untuk mengeringkan pakaian dengan menggunkan proses putaran. Jika mesin
basuh automatik sepenuhnya, mesin akan melakukan proses ini. Tetapi bagi mesin
basuh semi-automatik, anda perlu memindahkan pakaian anda dari dram basuhan ke
dalam dram yang lain untuk dikeringkan. Saiz muatan akan menentukan masa
putaran yang digunakan.
7. Selepas
proses pengeringan selesai, anda boleh mengeluarkan pakaian dan menyidai untuk
mengeringkan pakaian anda sepenuhnya.
Memahami Tetapan Mesin
Basuh
1. Gentle:
mempunyai putaran dengan kelajuan perlahan. Tidak mengeluarkan kotoran daripada
pakaian dengan pantas seperti kelajuan biasa. Tetapan ini seharusnya dirujuk
pada pakaian anda seperti basuhan tangan atau lain-lainnya. Pakaian-pakaian ini
untuk tetapan ini merupakan basuhan dengan menggunakan air sejuk dan serbuk
pencuci ringan.
2. Normal: Kitaran
basuhan normal atau biasa digunakan untuk pakaian jenis kapas atau polister. Gunakan
air dengan suhu pana (60-90°C)
untuk basuhan pakaian putih, manakala pakaian berwarna perlu dibasuh berasingan
dengan warna putih dan pada suhu sejuk (30-40°C).
.
No comments:
Post a Comment